Tuesday, 11 June 2013

Salam perkenalan...


Assalamualaikum wbt...
Selamat menempuh bulan Syaban dan semoga kita akan sampai kepada bulan yang sangat dinanti-nanti oleh seluruh muslimin dan muslimat... Tidak lain ianya adalah bulan Ramadan al-mubarak...





Baiklah... sebenarnya saya masih baru lagi dalam bidang "blogger" ni... alhamdulillah, Allah telah memberikan saya idea yang banyak untuk dikongsikan bersama-sama dengan rakan pembaca sekalian... namun... ingin saya dahului entry saya pada kali ini dengan seribu kemaafan sekiranya perkara yang ingin saya kongsikan tidak sampai ataupun kurang memuaskan... namun saya percaya segala kekurangan dapat diperbetulkan melalaui latihan dan pengalaman yang lama... Bak kata orang putih.. "Practice makes perfect"... insyaAllah... semuanya memerlukan latihan.. dan... percayala bahawa.. " Experience is the best teacher"... ini juga bersamaan dengan kata-kata "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri china"... justeru... sama-samalah kita rajinkan diri  untuk berkelana di muka bumi ini untuk menuntut ilmu... kerana sesungguhnya Allah akan memudahkan jalan ke syurga bagi mereka yang menuntu ilmu...



Tapi perlu diingat...  untuk menuntut ilmu, kita memerlukan seseorang yag bernama guru... kerana... sekiranya hanya belajar melalui buku... kita mungkin akan syok sendiri dengan kefahaman kita yang berkemungkinan besar jauh terpesong dan salah daripada fakta yang sebenar... That's why kita memerlukan guru...

"Guruku... kau penyuluh hidupku... menerangi alam ini.... kau kujadikan sebagai ibubapaku..."... tiba-tiba lagu ini terngiang-ngiang dibenak fikiranku.. well.. sbnrnya nak share something yang pelajar masa kini kerap abaikan terutamanya adab menuntut ilmu.... hmmm... tahukan kalian bahawa untuk mendapat ilmu yang berkat, mudah memahami.... kita wajib untuk menghormati guru-guru kita... walaupun dia hanya mengajar kita tentang satu perkataan baru... 

Ini kerana... ilmu itu ibarat cahaya... dan cahaya tidak akan menyinggahi hati yang gelap dengan dosa... dan ia tidak akan dapat pada orang yang bersifat dengan sifat mazmumah...  Oleh itu... hormatilah guru..... walau semuda mana @ setua manapun dia...... beradaplah... kerana dengan demikian akan membantu kita untuk menjaga hati.... dan insyaAllah... kita akan mudah utk mendapatkan ilmu...

JOM MUHASABAH :-)


Baiklah... cukup sampai di sini perkongsian pada kali ini... semoga dapat memberi manfaat kepada diri dan semua yang membaca... 



 

Sunday, 9 June 2013

Nikmat dan Rahmat Allah... 

Kita seringkali diuji dengan pelbagai bentuk ujian... 
Kita juga seringkali dikurniakan dengan pelbagai jenis nikmat dan kesenangan...

Setiap kali diuji... pasti ramai dikalangan kita mengeluh... bahkan.. ada yang menyalahkan Allah kerana menguji... tetapi... saya juga yakin dan percaya... ketika diuji itulah baru kita ingat kepada Pencipta kita....

Setiap kali kita diberi kesenangan... ramai dikalangan kita yg mula lupa kepadaNya... ada  yang menggunakannya untuk  mula bermegah-megah dengan manusia... dan ada juga yang menggunakannya untuk kepentingan peribadi... 

Adakah kalian lupa... bahawa yang membri nikmat dan ujian itu adalah Allah??
Setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya... janganlah berpaling dariNya ketika senang... agar Allah tidak berpaling dari kita ketika susah...




Saudaraku sekalian,
Sedarkah kalian bahawa kesusahan dan kesenangan adalah nikmat daripada Allah...
Mengapa???
Kerana... kedua2nya adalah bukti bahawa Allah masih lagi mengingati kita walaupun kita seringkali alpa...
Janganlah sedih ketika diuji... bergembiralah kerana Allah masih sayang kepadamu dan Dia mahu menghapuskan dosa2mu yang lalu...
Janganlah juga kamu alpa ketika diberi kesenangan... bersyukurlah... kerana Allah mahu memberi peluang kepadamu untuk menambah amalanmu...

Oleh itu... sedarlah kita bahawa... setiap kesusahan dan kesenangan itu adalah bukti cinta Allah kepada kita yang hina ini....
Malulah... Bermuhasabahlah.... dan Berubahlah....