Sunday, 9 June 2013

Nikmat dan Rahmat Allah... 

Kita seringkali diuji dengan pelbagai bentuk ujian... 
Kita juga seringkali dikurniakan dengan pelbagai jenis nikmat dan kesenangan...

Setiap kali diuji... pasti ramai dikalangan kita mengeluh... bahkan.. ada yang menyalahkan Allah kerana menguji... tetapi... saya juga yakin dan percaya... ketika diuji itulah baru kita ingat kepada Pencipta kita....

Setiap kali kita diberi kesenangan... ramai dikalangan kita yg mula lupa kepadaNya... ada  yang menggunakannya untuk  mula bermegah-megah dengan manusia... dan ada juga yang menggunakannya untuk kepentingan peribadi... 

Adakah kalian lupa... bahawa yang membri nikmat dan ujian itu adalah Allah??
Setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya... janganlah berpaling dariNya ketika senang... agar Allah tidak berpaling dari kita ketika susah...




Saudaraku sekalian,
Sedarkah kalian bahawa kesusahan dan kesenangan adalah nikmat daripada Allah...
Mengapa???
Kerana... kedua2nya adalah bukti bahawa Allah masih lagi mengingati kita walaupun kita seringkali alpa...
Janganlah sedih ketika diuji... bergembiralah kerana Allah masih sayang kepadamu dan Dia mahu menghapuskan dosa2mu yang lalu...
Janganlah juga kamu alpa ketika diberi kesenangan... bersyukurlah... kerana Allah mahu memberi peluang kepadamu untuk menambah amalanmu...

Oleh itu... sedarlah kita bahawa... setiap kesusahan dan kesenangan itu adalah bukti cinta Allah kepada kita yang hina ini....
Malulah... Bermuhasabahlah.... dan Berubahlah....



No comments:

Post a Comment