Wednesday, 18 December 2013


Ujian dan Musibah...

Assalamualaikum semua... i think it have been a long time i haven't update this blog... hehe... there are too much think to think about which includes assignment, revision, and many more... haha... kalah perdana menteri...

Alhamdulillah... pada hari ini saya berkesempatan untuk menyertai satu program Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh DSC dengan kerjasama JAWI... hehe... actually DSC stands for Dental Student Club... and honestly, this is my first time join program pengurusan jenazah....

There are so many good things that i got from that program... so, i want to share it with you guys, my friends...

  1. Tujuan musibah (ujian) diturunkan...
          Tahukah kalian.... setiap ujian yang diturunkan itu bukanlah semata untuk menghapuskan dosa2 kita... tetapi... bnyak lagi hikmah yang indah yang tersembunyi disebalik ujian tersebut.... antara hikmah2 tersebut ialah:
  • supaya kita sentiasa mengingati kekasih hati kita yang satu... iaitu.. Allah Yang Maha Esa..
  • merupakan indicator bahawa Allah merindui dan mengingati kita... apa perasaan u all kalau mak atau ayah u all kata "mama rindu kakak"... mesti rasa best sgt2 kerana dihargai kan?? mesti u alls rasa amat dihargai kan?? itu baru rindu dari makhlukNya... mesti lagi best kalau Sang Pencipta yang merindui dan mengingati kita... hmmm... x tau mcm mana nak gambrkan perasaan tu... :-)
  • supaya kita sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.... dalam erti kata yang lain, berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik... kerana... kedudukan kita di sisi Allah itu bukanlah berdasarkan kepada harta yang melimpah ruah, rupa yang indh, warna kulit, kecerdikan ataupun ketinggian pangkat kita... tetapi... beza antara kita ialah berdasarkan ketaqwaan kita kepadaNya...
  • supaya sentiasa reda dengan ketentuan Allah.... berdasarkan yang saya dengar daripada ustaz penceramah... "kalau kita nak sentiasa hidup dalam keadaan tenang dan aman... sentiasalah bersifat reda dan juga berfikiran positif... :-)
  • selain itu juga, ujian tersebut diturunkan kepada kita untuk menguji sejauh mana kayakinan kita kepada Allah... dan secara tidak langsung merupakan satu cara untuk mengukur tahap keimanan kita pada ketika itu... sbb.. keyakinan sangat berkaitan dengan keimanan..
    hmmmmm..... rasanya itu dulu perkongsian untuk kali ini... bukan x mau meneruskan coretan... tetapi... banyak lagi perkara penting yang memerlukan saya untuk sepenuh komitmen.... insyaAllah... sekiranya diberi umur ynag panjang dan kesempatan masa serta kesihatan yang baik... saya akan continue perkongsian ini... 

    maaf sekali lagi kerana dapat nak share bnyk lg perkara especially yg berkaitan dgn program tersebut... 

SIAPALAH KITA TANPANYA??


Assalamualaikum w.b.t...

dah lama rasanya x menulis any single coretan or perkongsian or anything di blog ni... 
actually, i've got a lot of ideas to write.. but.. due to a very limited time that i've got.. i need to postpone all my niat.. huhu.. and insyaAllah.. in a few weeks.. my friends and i here are going to seat for our final exam for our third semester....

there are a lot of topic to cover and revise... by the way, i always remind me myself not to be busy with all those duniawi things sampai terabai tugasan kita yang utama iaitu untuk beribadah kepada-Nya Yang Satu... 

sbb apa tau... sbb... bila kita terlalu busy smpi lupakan Allah... itu bermakna kita dah mengenepikan cinta kita yang satu... Allah... jgn sampai mcm tu tau..

x takut ke kita sekiranya Allah lupakan or tinggalkan kita??... i think, that is the worst thing that we should afraid of sbb... tanpa Dia.. siapalah kita.. tanpa kuasaNya.. hidupkah kita?? so.. this time.. let us muhasabah sama2.. and i want to end my coretan dengan all these questions.. :-)

Sunday, 28 July 2013

SAHABAT


assalamualaikum semua...

apa khabar?? diharapkan u allz semua sihat2 sentiasa... alhamdulillah... bersyukur kpd Allah kerana masih lagi memberikan peluang kpd kita semua utk terus bernafas dan seterusnya dapat melangkah ke fasa yang terakhir di dalam bulan yang penuh barakah ini... iaitu... bulan Ramadan... marilah sama2 kita berusaha dan berdoa agar diberikan peluang utk dipertemukan dgn Malam Lailatul Qadar... Ameeen...







Baiklah... 
sebenarnya, pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu tajuk yang amat berkaitan dengan kita semua... yg mana ianya tidak mengira kaum, keturunan, agama... mahupun status.... iaitu.... Sahabat...
saya yakin, pasti ramai di kalangan kita yang mempunyai ramai kawan2 dan teman.... same goes with me... tapikan... di dalam ramai2 kawan kita tu... x semestinya kita akan jumpa seorang yang boleh kita gelarkan sebagaia sahabat....

Ha.... nmpak x betapa besarnya erti sahabat...
mengikut apa yang saya tahu... sahabat itu ialah.....



Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.



Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.




Ha.... mcm mana?? saya berharap, dgn perkongsian yang simple ini akan dpt membantu kita semua dlm memahami erti sahabat itu sendiri... semoga... kita akan mendapat shbt yg terbaik dan... juga dpt menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita... 

rasanya... sampai di sini dahulu perkongsian saya pada kali ini... terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca entri saya yang tidak seberapa ini... 

selamat beribadah di bulan Ramadan yang berkat ini... ingat... berkawan biar seribu... musuh jgn dicari... dan... sentiasa perbetulkan niat dalam melakukan pekerjaan dan amalan... "lillahi taala"... serta... jadilah orng yang bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama... :-D

Tuesday, 11 June 2013

Salam perkenalan...


Assalamualaikum wbt...
Selamat menempuh bulan Syaban dan semoga kita akan sampai kepada bulan yang sangat dinanti-nanti oleh seluruh muslimin dan muslimat... Tidak lain ianya adalah bulan Ramadan al-mubarak...





Baiklah... sebenarnya saya masih baru lagi dalam bidang "blogger" ni... alhamdulillah, Allah telah memberikan saya idea yang banyak untuk dikongsikan bersama-sama dengan rakan pembaca sekalian... namun... ingin saya dahului entry saya pada kali ini dengan seribu kemaafan sekiranya perkara yang ingin saya kongsikan tidak sampai ataupun kurang memuaskan... namun saya percaya segala kekurangan dapat diperbetulkan melalaui latihan dan pengalaman yang lama... Bak kata orang putih.. "Practice makes perfect"... insyaAllah... semuanya memerlukan latihan.. dan... percayala bahawa.. " Experience is the best teacher"... ini juga bersamaan dengan kata-kata "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri china"... justeru... sama-samalah kita rajinkan diri  untuk berkelana di muka bumi ini untuk menuntut ilmu... kerana sesungguhnya Allah akan memudahkan jalan ke syurga bagi mereka yang menuntu ilmu...



Tapi perlu diingat...  untuk menuntut ilmu, kita memerlukan seseorang yag bernama guru... kerana... sekiranya hanya belajar melalui buku... kita mungkin akan syok sendiri dengan kefahaman kita yang berkemungkinan besar jauh terpesong dan salah daripada fakta yang sebenar... That's why kita memerlukan guru...

"Guruku... kau penyuluh hidupku... menerangi alam ini.... kau kujadikan sebagai ibubapaku..."... tiba-tiba lagu ini terngiang-ngiang dibenak fikiranku.. well.. sbnrnya nak share something yang pelajar masa kini kerap abaikan terutamanya adab menuntut ilmu.... hmmm... tahukan kalian bahawa untuk mendapat ilmu yang berkat, mudah memahami.... kita wajib untuk menghormati guru-guru kita... walaupun dia hanya mengajar kita tentang satu perkataan baru... 

Ini kerana... ilmu itu ibarat cahaya... dan cahaya tidak akan menyinggahi hati yang gelap dengan dosa... dan ia tidak akan dapat pada orang yang bersifat dengan sifat mazmumah...  Oleh itu... hormatilah guru..... walau semuda mana @ setua manapun dia...... beradaplah... kerana dengan demikian akan membantu kita untuk menjaga hati.... dan insyaAllah... kita akan mudah utk mendapatkan ilmu...

JOM MUHASABAH :-)


Baiklah... cukup sampai di sini perkongsian pada kali ini... semoga dapat memberi manfaat kepada diri dan semua yang membaca... 



 

Sunday, 9 June 2013

Nikmat dan Rahmat Allah... 

Kita seringkali diuji dengan pelbagai bentuk ujian... 
Kita juga seringkali dikurniakan dengan pelbagai jenis nikmat dan kesenangan...

Setiap kali diuji... pasti ramai dikalangan kita mengeluh... bahkan.. ada yang menyalahkan Allah kerana menguji... tetapi... saya juga yakin dan percaya... ketika diuji itulah baru kita ingat kepada Pencipta kita....

Setiap kali kita diberi kesenangan... ramai dikalangan kita yg mula lupa kepadaNya... ada  yang menggunakannya untuk  mula bermegah-megah dengan manusia... dan ada juga yang menggunakannya untuk kepentingan peribadi... 

Adakah kalian lupa... bahawa yang membri nikmat dan ujian itu adalah Allah??
Setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya... janganlah berpaling dariNya ketika senang... agar Allah tidak berpaling dari kita ketika susah...




Saudaraku sekalian,
Sedarkah kalian bahawa kesusahan dan kesenangan adalah nikmat daripada Allah...
Mengapa???
Kerana... kedua2nya adalah bukti bahawa Allah masih lagi mengingati kita walaupun kita seringkali alpa...
Janganlah sedih ketika diuji... bergembiralah kerana Allah masih sayang kepadamu dan Dia mahu menghapuskan dosa2mu yang lalu...
Janganlah juga kamu alpa ketika diberi kesenangan... bersyukurlah... kerana Allah mahu memberi peluang kepadamu untuk menambah amalanmu...

Oleh itu... sedarlah kita bahawa... setiap kesusahan dan kesenangan itu adalah bukti cinta Allah kepada kita yang hina ini....
Malulah... Bermuhasabahlah.... dan Berubahlah....