Sunday, 28 July 2013

SAHABAT


assalamualaikum semua...

apa khabar?? diharapkan u allz semua sihat2 sentiasa... alhamdulillah... bersyukur kpd Allah kerana masih lagi memberikan peluang kpd kita semua utk terus bernafas dan seterusnya dapat melangkah ke fasa yang terakhir di dalam bulan yang penuh barakah ini... iaitu... bulan Ramadan... marilah sama2 kita berusaha dan berdoa agar diberikan peluang utk dipertemukan dgn Malam Lailatul Qadar... Ameeen...







Baiklah... 
sebenarnya, pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu tajuk yang amat berkaitan dengan kita semua... yg mana ianya tidak mengira kaum, keturunan, agama... mahupun status.... iaitu.... Sahabat...
saya yakin, pasti ramai di kalangan kita yang mempunyai ramai kawan2 dan teman.... same goes with me... tapikan... di dalam ramai2 kawan kita tu... x semestinya kita akan jumpa seorang yang boleh kita gelarkan sebagaia sahabat....

Ha.... nmpak x betapa besarnya erti sahabat...
mengikut apa yang saya tahu... sahabat itu ialah.....



Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.



Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.




Ha.... mcm mana?? saya berharap, dgn perkongsian yang simple ini akan dpt membantu kita semua dlm memahami erti sahabat itu sendiri... semoga... kita akan mendapat shbt yg terbaik dan... juga dpt menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita... 

rasanya... sampai di sini dahulu perkongsian saya pada kali ini... terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca entri saya yang tidak seberapa ini... 

selamat beribadah di bulan Ramadan yang berkat ini... ingat... berkawan biar seribu... musuh jgn dicari... dan... sentiasa perbetulkan niat dalam melakukan pekerjaan dan amalan... "lillahi taala"... serta... jadilah orng yang bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama... :-D

No comments:

Post a Comment